• :  
BM ENG
  • Subscription
  • MS Catalogue
  • MS Pack
  • Purchase History
  • Cart
  • Hi
    !
    • My Profile
    • Portal
    • Log Out

Modal title

Widget settings form goes here
MS Preview
Close

MS ISO 45001:2018 (BM)
Sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan – Keperluan dengan panduan penggunaan (ISO 45001:2018, IDT) (Diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia pada tahun 2021)

Dokumen ini menetapkan keperluan untuk sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan (KKP), dan memberikan panduan bagi penggunaannya, untuk membolehkan organisasi menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dengan mencegah kecederaan dan permasalahan kesihatan berkaitan kerja, dan juga dengan memperbaik prestasi KKP secara proaktif.

Dokumen ini boleh digunakan oleh mana-mana organisasi yang ingin mewujudkan, melaksanakan dan menyelenggara sistem pengurusan KKP untuk menambah baik kesihatan dan keselamatan pekerjaan, menghapuskan hazard dan meminimumkan risiko KKP (termasuk kekurangan sistem), memanfaatkan peluang KKP, dan menangani ketakpatuhan sistem pengurusan KKP yang berkaitan dengan aktivitinya.

Dokumen ini membantu organisasi untuk mencapai hasil yang diingini daripada sistem pengurusan KKP. Selari dengan dasar KKP organisasi, hasil yang diingini daripada sistem pengurusan KKP termasuk:

a) penambahbaikan berterusan prestasi KKP;
b) memenuhi keperluan undang-undang dan keperluan lain;
c) pencapaian objektif KKP.

Original
PDF
07/01/2021
65
NSC 23 - Occupational Safety & Health
13.100
90.00
 Add To Cart