MAKANAN HALAL - PENGELUARAN, PENYEDIAAN, PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN - GARIS PANDUAN UMUM (SEMAKAN KEDUA)
Standard Malaysia ini menyediakan bimbingan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan halal di Malaysia.
NOTA: Standard ini tidak mengandungi semua keperluan yang mungkin diperlukan untuk pensijilan. Pensijilan halal boleh diperolehi daripada pihak berkuasa bertauliah di Malaysia.