Sistem pengurusan kualiti berasaskan Syariah - Keperluan dengan panduan (Semakan pertama)
Malaysian Standard ini menetapkan keperluan bagi satu sistem pengurusan kualiti apabila sesebuah organisasi:
a) perlu menunjukkan keupayaannya menyediakan secara tekal produk yang memenuhi keperluan Syariah, keperluan pelanggan serta keperluan berkanun dan peraturan yang diguna pakai; dan
b) mempunyai tujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan melalui pemakaian sistem yang berkesan, termasuk proses penambahbaikan berterusan untuk sistem itu dan jaminan keakuran dengan keperluan Syariah, keperluan pelanggan serta keperluan berkanun dan peraturan yang diguna pakai.