Maklumat dan pendokumenan – Pengurusan rekod - Bahagian 1: Konsep dan prinsip
(ISO 15489-1:2016, IDT)
(Diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia pada tahun 2022)
Bahagian MS ISO 15489 ini mentakrif konsep dan prinsip di mana pendekatan untuk mewujud, menawan dan mengurus rekod dibangunkan. Bahagian MS ISO 15489 ini menghuraikan konsep dan prinsip yang berkaitan seperti berikut:
a) rekod, metadata untuk rekod dan sistem rekod;
b) polisi, kebertanggungjawaban, pemantauan dan latihan yang menyokong keberkesanan mengurus rekod ;
c) analisis berulang bagi konteks bisnes dan pengenalpastian keperluan rekod;
d) kawalan rekod;
e) proses untuk mewujud, menawan dan mengurus rekod.
Bahagian MS ISO 15489 ini terpakai bagi pewujudan, penawanan dan pengurusan rekod tanpa mengira struktur atau semua jenis bisnes dan persekitaran teknologi secara berterusan.